suria

Iftar Sambil Beramal Di SACC

Kambing kebuli merupakan hidangan utama dan tradisi bufet Ramadan di SACC.

PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan sentiasa dinanti-nantikan umat Islam kerana statusnya sebagai bulan yang mulia, penuh keberkatan dan rahmat.

Keistimewaan bulan ini menyaksikan ramai yang beramal, dan amalan mulia ini juga boleh dilakukan semasa berbuka puasa.

Bertepatan dengan konsep berbuka sambil beramal, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) menyediakan buffet Ramadan di samping mengumpul dana untuk kebajikan.

SACC yang cukup sinonim sebagai tarikan destinasi popular bagi majlis bufet Ramadan kali ini bertemakan ‘Cita Rasa Warisan Nusantara’.

Pengurus Besar SACC, Nasrudin Abu Bakar berkata, SACC mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dalam mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria.

“SACC sentiasa mengambil inisiatif mulia untuk mengusahakan sebaik mungkin satu bentuk sumbangan sempena kedatangan Ramadan yang mulia dan mengambil peluang untuk beramal kepada yang memerlukan.

“Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk ‘berbuka sambil beramal’,” kata Nasrudin.

Chef Eksekutif, Jamili Napiah (kanan) dan Sous Chef, Rizal Nahar.

SACC menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih 100 hidangan menarik di mana kambing kebuli menjadi hidangan utama dan tradisi.

Menariknya pada tahun ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar akan membawakan beberapa hidangan istimewa buat pengunjung.

Orang ramai jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa - Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara dan Kepala Ikan Pindang Lampung. 

Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef SACC, bahan-bahan dan rempah-ratus. 

Dengan harga baucar RM88++ untuk dewasa dan RM48++ untuk kanak kanak berusia tujuh hingga 10 tahun, SACC menawarkan kepakaran mereka dalam setiap masakan yang bakal disajikan. 

Sementara kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah akan menikmati hidang secara percuma. 

Antara hidangan menarik buat pengunjung SACC berbuka puasa.

Promosi istimewa ini menawarkan baucar bufet Ramadan dengan harga serendah RM78++.  Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat bermula pada harga RM70++ dengan jumlah minimum tetamu 50 orang.

Mekanisme untuk tujuan amal adalah melalui setiap baucar bufet Ramadan yang dijual pada harga RM88++, sumbangan sebanyak RM1 akan disalurkan yang disertakan dengan sumbangan lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui Mapim. 

Sehubungan itu, bagi mereka yang merancang untuk berbuka puasa bersama rakan niaga atau keluarga, peluang terbaik adalah mendapatkan penjimatan yang tinggi melalui promosi di laman web SACC, www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017. 

Anda juga boleh menghubungi SACC di talian 03-55118858 sekiranya mahu membuat tempahan awal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain