suria

Dua Pengarang Kanan The Star Digantung Tugas

KUALA LUMPUR: Dua pengarang kanan The Star telah digantung tugas berikutan siasatan lanjut yang dijalankan berhubung laporan muka depan akhbar itu yang telah mencetuskan kontroversi pada 27 Mei lalu.

Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Leanne Goh Lee Yen dan Pengarang Eksekutif, Dorairaj Nadason tidak akan menjalankan tugas masing-masing sehingga diberitahu kelak.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai akan memantau operasi jabatan pengarang sepanjang tempoh berkenaan.

Kedua-dua pengarang tersebut dan Kumpulan Media Star akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan isu terbabit, terutamanya Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis.

The Star

Artikel Sebelum

Nasib Annuar Musa Jun Ini

Artikel Berikut

Artikel Lain