suria

Nak Ke Mana Tu Bjorn?

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia khususnya yang menetap di Shah Alam dan Klang tidak perlu resah atau gusar apabila tidak lagi berpeluang melihat patung beruang bersebelahan Plaza Tol Batu 3 Shah Alam.

Ini kerana, beruang kutub yang menjadi ikonik ini sebenarnya tidak akan kemana-mana, sebaliknya ia akan terus berada di negara ini.

Isnin lalu, seorang pengguna Facebook telah memuat naik gambar-gambar patung beruang syarikat Blondal, Bjorn, yang diturunkan dari tempat asalnya menggunakan kren.

Bjorn yang comel itu dapat dilihat oleh mereka yang sering menggunakan Lebuhraya Persekutuan untuk ke Klang atau Shah Alam.

Tindakan menurunkan Bjorn telah mengundang pelbagai reaksi dan menyentuh emosi netizen yang menganggap haiwan itu adalah sebahagian memori zaman kanak-kanak mereka.

Siapa sangka Bjorn juga banyak 'berjasa' kepada pengguna jalan raya apabila ramai yang mengakui hilang stres apabila memandang Bjorn ketika terperangkap dalam kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.

Blondal Malaysia dalam kenyataannya berkata, Bjorn yang sudah 17 tahun berada di situ sebagai maskot hanya dipindahkan ke ibu pejabat barunya di kawasan perindustrian Hicom-Glenmarie, Shah Alam, kira-kira dua kilometer dari lokasi asalnya.

"Sudah tentu, jika orang ramai masih bimbang tentang Bjorn, kami dalam masa yang sama gembira untuk mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk singgah," kata Ketua Eksekutif Kumpulan Blöndal Sophus C.C. Broberg dalam kenyataannya kepada Malay Mail Online.

Dengan penjelasan ini, diharapkan sedikit-sebanyak dapat mengubat kesedihan rakyat Malaysia yang rupa-rupanya dalam diam menyayangi haiwan ini walaupun mereka tidak pernah berpeluang menyentuh, apatah lagi memeluknya!

Artikel Sebelum

Maut Dibakar Suami

Artikel Berikut

Artikel Lain