suria

Menentang Perkauman Menerusi Seni Fotografi

PETALING JAYA: Daniel Lee Adams sering diejek “Ching Chong Ching” dan menerima kutukan berbunyi “pergi balik ke tempat asal kamu!” ketika bersiar di Britain.

Dia juga sering disoal tentang mengapa pertuturannya dalam bahasa Inggeris sangat bagus dan tidak berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

Pengalaman itu telah memberi inspirasi kepada Adams, 21, yang berasal dari Kuala Lumpur untuk mencipta gambar-gambar yang berkaitan dengan isu perkauman yang sering dialami oleh masyarakat asing terutamanya pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Britain.

Siri yang bertajuk ‘Why Is Your English So Good?’ ialah projek terakhirnya di Universiti Falmouth, di dalam kursus fotografi.

“Saya ingin mencipta projek yang dekat dengan rumah. Sebagai rakyat Malaysia yang belajar di United Kingdom, saya telah menerima pelbagai cacian dan komen yang berunsur perkauman.

“Saya ingin memberi sinar baru kepada masalah perkauman di Britain,” kata Adams kepada The Star Online.

Siri fotografi yang mengandungi 15 potret itu telah disiarkan portal akhbar terkenal Britain, The Guardian dan telah dikongsi secara meluas di Facebook.

Setiap gambar mempunyai makna tersendiri yang menunjukkan pengalaman seseorang berkenaan isu perkauman ketika sedang bekerja atau masih belajar, juga disertakan keterangan gambar untuk menjelaskan insiden itu.

Adams mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan projek tersebut.

“Saya berharap projek ini dapat membuka mata mereka yang menyokong perkauman dan mengubah tanggapan mereka.

“Mereka perlu berfikir dahulu sebelum melontarkan kata-kata dan memikir kesannya terhadap orang lain,” kata Adams, yang merupakan bakal bergelar graduan pada Julai nanti.

Adam berkata, model gambar yang diambil olehnya ialah rakannya dari Malaysia yang tinggal dan belajar bersamanya di Britain.

Setiap dari mereka mempunyai kenangan pahit berkaitan perkauman yang perlu mereka hadapi.

Ramai rakyat Malaysia yang gembira dengan hasil kerjanya dan memberi pelbagai reaksi yang positif kepadanya.

Namun begitu, Adam menekankan bahawa tidak semula penduduk Britain adalah rasis.

“Ramai yang tidak tahu tentang isu ini. Mereka sepatutnya lebih mengambil berat tentang aspek-aspek kehidupan.

“Tetapi, terdapat segelintir masalah rasisme di UK, terutamanya selepas serangan pengganas yang berlaku.

“Islamofobia sedang meningkat dan orang asing juga menerima pelbagai tindak balas negatif,” kata Adams sebelum menambah bahawa dia berkemungkinan akan membuat projek yang sama di Kuala Lumpur.

Anda boleh melihat hasil fotografi Daniel Lee Adams di laman web Daniel Adams.

Daniel Adams, Fotografi

Artikel Sebelum

Derita Dua Gadis Bongkok

Artikel Berikut

Artikel Lain