suria

Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Pondok Pengawal

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah pondok pengawal. - Gambar hiasan

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan rentung manakala bapanya cedera dalam kebakaran sebuah pondok pengawal di tapak pelupusan sampah di Kilim, di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa dikatakan terperangkap dalam kebakaran pondok tersebut manakala bapanya, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di tapak itu, berjaya menyelamatkan diri dengan kecederaan di kepala.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, dalam kenyataan melalui aplkasi Whatsapp, berkata sebanyak 16 anggota dari Balai Bomba LangkawI tiba di lokasi kejadian pada jam 3.21 pagi dan berjaya mengawal kebakaran 12 minit kemudian.

Menurut jabatan itu,identiti mayat mangsa, yang belum dikenal pasti itu, telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjutan.

Bapa mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Langkawi untuk rawatan dan punca kebakaran masih dalam siasatan, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain