JOHOR BAHRU: Seramai 19,100 penjawat awam negeri Johor bakal menerima bantuan khas kewangan RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani dalam kenyataan pada Jumaat berkata pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 16 Jun ini. "Pemberian bantuan kewangan itu bagi meringankan beban kewangan penjawat awam. Semoga ia akan memeriahkan lagi sambutan lebaran kali ini," katanya. - Bernama