suria

Remaja Kes Pukul Meninggal Dunia

GEORGE TOWN: T. Nhaveen meninggal dunia pada Khamis selepas dipukul oleh sekumpulan remaja empat hari lalu.

Nhaveen,18, ditemui tidak sedarkan diri pada Sabtu malam lalu di Jalan Kaki Bukit di Bukit Gelugor, George Town.

Nhaveen dilaporkan dipukul serta diliwat dan terdapat kesan lecur di bahagian belakang badannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Polis (ACP) Anuar Omar berkata pihaknya menerima maklumat daripada HPP mengenai kematian T. Nhaveen, 18, pada 6 petang Khamis.

"Remaja itu yang cedera parah dalam kejadian berkenaan dilaporkan mati otak.Polis akan menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Katanya tiga remaja berusia 18 hingga 19 tahun yang tamat reman esok akan direman semula  manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima juga akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam kejadian 2.10 pagi Sabtu lalu, Nhaveen cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia 19 tahun melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan.

T. Nhaveen

Artikel Lain