suria

Tiada Kekosongan Kerusi DUN Pujut - Mahkamah Tinggi

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan Dr Ting Tiong Choon kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut.

Hakim Datuk Douglas Christo Primus Sikayun juga memerintahkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga defenden pertama dan kedua supaya membayar kos guaman plantif sebanyak RM100,000.

Dalam penghakimannya, Douglas berkata, DUN tidak kompeten untuk memutuskan status Ting berdasarkan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, Speaker DUN Sarawak itu juga tersalah memilih Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak.

"Dr Ting Tiong Choon bukannya individu yang tidak layak dan berhak kekal sebagai wakil rakyat yang dipilih. Tiada kekosongan kerusi Pujut," katanya.

Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak memutuskan Ting telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kerana didakwa mempunyai kerakyatan Australia.

Ini bermakna pilihan raya DUN Pujut yang jadualkan pada 4 Julai tidak akan diadakan.


Pujut, Dr Ting

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain