suria

Sah! Kapal MT Putri Sea

PETALING JAYA: Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin memaklumkan kapal KD Perantau telah mengesan kapal karam MT Putri Sea yang meletup baru-baru ini.

Melalui laman Twitter miliknya, Ahmad Kamarulzaman yang memuat naik status pada petang Ahad turut mengucapkan tahniah kepada kapal KD Perantau kerana berjaya mengesan MT Putri Sea menggunakan sonar 'multi-beam'. 

Terdahulu, Bernama melaporkan pada Khamis lalu bahawa enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila sebuah kapal tangki meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Pengelih, dekat Pengerang, awal pagi Khamis.

Anak kapal berkenaan dikenali sebagai Akhmad Faharuddin, 35, Muhamad Heri Hernanda, 28, Raden Abdur Rahem, 31, Rendy Alamanda,28, Sulkifli, 39, dan Yohanis Sumari, 35.

Kapal MT Putri SEA itu dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea.

KD Perantau, MT Putri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain