suria

Mood Raya Tika Sahur Di Broga

PETALING JAYA: Jika bersahur di rumah atau kedai sudah terlalu biasa, namun tidak salah jika mahu bertukar angin sambil beriadah ke Bukit Broga, Semenyih untuk tujuan sama.

Sekumpulan 80 pendaki baharu dan lama dari sekitar Lembah Klang dan Seremban, Negeri Sembilan mendaki puncak Broga pada pukul 12 malam Ahad sebelum bersahur pada pukul 4 pagi.

Program Santai Sahur yang dianjurkan oleh Team Pendaki Solo (TPS) Outdoor Community itu disertai 45 peserta perempuan dan 35 peserta lelaki.

Pendaki Solo,  Mohd. Noor Mat Amin berkata, semua peserta mula berkumpul pada pukul 11.30 malam Sabtu dan turun kembali ke kawasan tempat letak kereta pada pukul 2.15 pagi Ahad untuk menukar pakaian dan bersahur.

"Sambutan memang di luar dugaan kerana pada asalnya dijangka cuma 40 orang sahaja yang akan terlibat, tapi rupa-rupanya ramai yang sukakan program seperti ini.

"Kami semua memakai baju raya untuk sesi fotografi memandangkan lagi seminggu nak raya, kan? Saja ambil mood raya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Tambahnya, program tersebut dianjurkan bagi merapatkan hubungan antara pendaki di samping berkongsi pengalamannya mencipta rekod di Gunung Himalaya pada bulan lalu.

Program Santai Sahur itu turut mengadakan acara cabutan bertuah bagi menghargai peserta yang hadir.




Bukit Broga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain