suria

Anak Gajah Mati Tepi Jalan

Seekor anak gajah ditemukan maut di tepi jalan Lebuh Raya Gerik-Jeli.

IPOH: Seekor anak gajah berusia dua tahun ditemukan maut dan dalam keadaan berlumuran darah di bahu jalan Lebuh Raya Gerik-Jeli, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Loo Kean Seong berkata, pegawainya menemui anak gajah itu sekitar pukul 7 pagi Jumaat.

"Kejadian seperti ini jarang berlaku, kami berharap penunggang motosikal lebih berhati-hati melalui jalan ini.

"Kami telah mengeluarkan papan tanda sebagai amaran kepada pengguna jalan raya. Jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab terutama kepada yang memandu lewat malam atau awal pagi," kata Kean Seong.

Kean Seong turut menggesa agar semua pengguna jalan raya di seluruh negara untuk menghubungi Perhilitan negeri sekiranya berdepan dengan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir dan harimau bintang.

"Hal ini memudahkan kami untuk membuat siasatan dan menanam bangkai haiwan itu daripada membiarkannya mereput di atas jalan," tambah beliau.

gajah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain