suria

‘Wheelchair’ Buat Sendiri, Kenapa Jadi Macam Ni?

SEORANG daripada anak Rahman yang diletakkan dalam kerusi roda buatan sendiri. - Facebook

PETALING JAYA: Gambar kerusi roda kayu buatan sendiri dan lampin pakai buang yang tergantung di sebuah rumah di Temerloh, Pahang, menimbulkan 1001 persoalan.

Gambar-gambar tersebut, bersama satu posting yang dimuat naik di Facebook pada Isnin telah menyentuh hati netizen, tak kurang pula yang bertanya mengapa situasi ini berlaku dan apakah tindakan pihak bertanggungjawab dalam usaha membantu keluarga ini.

Dalam pada itu ramai juga yang tergerak hati untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang menghuni rumah berkenaan.

Berdasarkan posting tersebut, rumah usang ini dihuni oleh individu yang dikenali sebagai ‘Encik Rahman’ atau Abang Man Lohoq, 73, yang tinggal di Kampung Paya Mengkuang Ladang, Charuk Puting, bersama dua anak Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kerusi roda anaknya dibuat sendiri menggunakan kayu, dipercayai kerana Rahman masalah kewangan.

Selain itu, lampin pakai buang anaknya juga terpaksa dibasuh beberapa kali bagi membolehkan ia digunakan semula berulang-kali.

-foto FB Wan Yoshoki

“Salam info yang diterima Encik Rahman dari Kampung Paya Mengkuang Ladang, Charuk Puting Temerloh Pahang. beliau ada seorang anak OKU kerusi roda buat sendiri. Pampers dua-tiga kali pakai semula. mintak tolong sahabat-sahabat sebarkan. Harap ada yang sudi bantu keluarga ini,” tulis Wan Yoshiki di Facebook.

Difahamkan, keluarga ini menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi disebabkan kos menjaga OKU begitu tinggi, ia menjadi satu beban yang perlu ditanggung si bapa.

Selepas posting ini tular, keluarga ini telah dikunjungi oleh kumpulan aktivis daripada Kembara Sufi Tour and Planner.

-foto FB Abdul Razak Endot

Kerusi Roda, OKU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain