suria

Tular: Gambar Budak Bersama Rumah Idaman Buat Netizen Sedih

Gambar dari Facebook Persatuan Makcik Puaka

PETALING JAYA: Tiga keping gambar yang dimuat naik ke laman sosial Facebook Persatuan Mak Cik Puaka sudah cukup untuk membuatkan netizen menitis air mata.

Rata-rata netizen ternyata tersentuh melihat gambar dua kanak-kanak lelaki tidur beralaskan tanah di tepi beberapa bungkusan di dalam sebuah rumah.

Paling membuatkan pembaca simpati adalah lukisan berwarna yang bertajuk 'rumah kami' di dinding rumah tidak terurus itu.

Ini kerana ia membayangkan hasrat kanak-kanak tersebut yang inginkan kehidupan di kediaman yang lebih selesa seperti rakan sebayanya yang lain.

Menurut status laman sosial berkenaan, gambar tersebut dimuat naik selepas pihak laman sosial berkenaan mengetahui alamat rumah tersebut.

Gambar tersebut dipercayai dirakam di sebuah rumah tidak beralamat berhampiran 492, Jalan Sungai Tiram, kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor.

Status berkenaan mendakwa, gambar itu dirakam ketua kampung berdekatan selain dia turut membawa kisah kemiskinan kanak-kanak tersebut kepada pengetahuan pihak Majlis Agama Islam Johor (Maij) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, status yang dikongsi oleh 209 pengguna lain itu turut diminta disiasat terlebih dahulu kerana bimbang kanak-kanak itu mempunyai rumah.

Netizen tidak mahu derma dipungut secara terburu-buru tanpa mengetahui status dan kisah lanjut kanak-kanak berkenaan.

Johor, Ulu Tiram, Viral, Budak Miskin

Artikel Lain