suria

Pelbagai Hidupan Liar Dirampas Dari Rakyat Malaysia Di Selatan Thai

Kesemua hidupan liar itu dirancang untuk dijual kepada sindiket penyeludupan hidupan liar di Hatyai. - Bernama

SONGKLA: Kastam Thailand menahan seorang warga Malaysia di pintu masuk Imigresen Padang Besar pada Rabu dan merampas pelbagai jenis hidupan liar termasuk dua ekor Orang Utan yang baru berusia dua bulan.

Lapor Bernama, kesemua hidupan liar itu dirancang untuk dijual kepada sindiket penyeludupan hidupan liar di Hatyai.

"Warga Malaysia itu yang berusia 63 tahun mengaku beliau membawa kesemua hidupan liar itu daripada Kuala Lumpur untuk dijual kepada sindiket di Hatyai," kata Pemangku Ketua Kastam Padang Besar, Athit Wisutisamajan.

Spesies yang dirampas itu termasuk 39 ekor kura-kura Hamilton, 12 ekor kura-kura bintang India dan enam ekor Raccon yang dianggarkan bernilai 1 juta Baht (kira-kira RM125,000), menurut beliau.

Kesemua haiwan hidupan liar itu disimpan dalam tiga buah beg besar dan disembunyikan dalam sebuah kereta berpendaftaran Pulau Pinang.

hidupan liar, selatan Thai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain