suria

Aliran Trafik Perlahan

SESAK... Keadaan trafik Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Utara bergerak perlahan berikutan warga kota pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan malam Khamis berikutan semakin ramai warga kota mula pulang ke kampung masing-masing sempena sambutan Adilfitri yang dijangka Ahad ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik direkodkan perlahan di tol Juru menuju ke Prai, kawasan mendaki di Gua Tempurung ke Gopeng dan Terowong Menora ke Cangkat Jering susulan peningkatan jumlah kenderaan.

"Trafik turut perlahan dari Ayer Keroh menuju ke Jasin susulan sebuah lori rosak di km188 arah selatan yang menyebabkan kesesakan berlaku sehingga tujuh kilometer," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik perlahan dari Gombak menuju ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi menuju ke Lentang.

"Aliran trafik mula perlahan bermula petang tadi susulan pertambahan jumlah kenderaan ke Pantai Timur," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

sesak, lebuh raya

Artikel Berikut

Artikel Lain