suria

Aliran Trafik Kembali Lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik kembali lancar di beberapa lebuh raya utama pada 4 petang Sabtu menjelang Aidilfitriyang dijangka disambut Ahad.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), aliran trafik dilaporkanlancar di semua laluan ke selatan dan hanya bergerak perlahan di beberapa kawasan arah utara.

Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Bukit Beruntung ke Lembah Beringin, dari Slim River ke Sungkai, dari Bidor ke Taiping dan dari Kuala Kangsar menuju Bukit Berapit, katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia pula berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga dilaporkan lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter @LLMinfotrafik.

aliran trafik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Whatsapp Saja Pada JPJ

Artikel Lain