suria

Aksi Berani, Gaya Sedondon Raya 2017

SAMBUTAN  Hari Raya Aidilfitri 2017 diraikan dengan penuh ragam dan aksi menarik hingga ia menjadi tular di media sosial.

Aksi 'luar biasa' ini turut mencuit hati netizen di laman media sosial. 

Gaya bergambar dengan gaya yang unik, pakaian sedondon yang memang terbaik antara yang dikongsi  di laman Facebook.

Tidak perlu menjadi artis untuk galmor, cukup sekadar menampilkan kelainan.

mStar Online sempat mengumpul beberapa keping gambar istimewa yang menjadi viral di media sosial sepanjang Aidilfitri setakat ini.

Pada hari pertama 1 Syawal, sekeping gambar di mana sebuah keluarga memakai pakaian yang 'letop' dikongsi oleh Hishan Gani menjadi tular di media sosial.


Selain itu, pada Selasa, sekeping gambar yang dikongsi di Facebook menunjukkan enam wanita berbaju raya merakam gambar mereka di atas sebuah pokok melambangkan salasilah keluarga atau family tree yang erat terjalin sempena Aidilfitri.

Ternyata ia menjadi kelainan yang pastinya lebih mencabar ketika memanjat pokok dengan memakai baju kurung.

Manakala sekeping gambar 'abang kacak' yang merakam gambar sambil duduk di atas sebuah sofa di tengah jalan antara yang dikongsi Persatuan Muafakat Johor.


Selain itu, gambar sekeluarga yang mengayakan baju raya sedondon hijau 'terselit' di celah-celah pokok pisang juga menarik perhatian ramai.

Malahan, ada yang membuat kapsyen bagi meneka bilangan ahli keluarga di kebun pisang itu. 

Sungguh comel rasanya gaya ini dan begitu juga aksi lain yang kreatif sepanjang Aidilfitri kali ini.


Macam-Macam Ragam raya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain