suria

Dua Maut Bas Terbabas

HULU SELANGOR: Dua maut dalam nahas sebuah bas yang terbabas di longkang di Kilometer (KM) 422 Lebuhraya Utara Selatan pada Khamis.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.10 pagi semasa bas tersebut dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Johor.

Bas berkenaan membawa 26 orang termasuk seorang pemandu dan pembantunya.

Seorang wanita berusia 46 tahun yang dikenali sebagai Masenah dan pemandu bas, M. Arasu, 47 maut di tempat kejadian.

Seorang lagi penumpang, Fadhilah Kholip cedera dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitenden R. Supramaniam berkata, bas tersebut dipandu dalam keadaan gelap tanpa lampu jalan.

Polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian memandu dan menyebabkan kematian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain