suria

Radar Dilapor Hilang Tiba Di Belanda - KP Kastam

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan bahawa kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi telah hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor Bahru.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam berkata kontena tersebut sebenarnya telah tiba ke destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda.

"Siasatan sedang dijalankan oleh JKDM sebenarnya menjurus kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010," katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini melaporkan kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dalam perjalanan dari Australia ke Belanda telah hilang ketika transit di PTP. -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain