suria

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Petang Ini

Trafik sesak selepas tol Bentong ke Bukit Tinggi pada pukul 5.14 petang. Foto Twitter @LLMinfotrafik

KUALA LUMPUR: Aliran trafik masih bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 5 petang Sabtu berikutan pertambahan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing. 

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik di Pulau Pinang bergerak perlahan dari Bertam ke Sungai Dua dan dari Seberang Jaya menuju ke Perai. 

Beliau berkata, pergerakan kenderaan turut perlahan di Perak dari Changkat Jering ke Bukit Berapit, dari Kuala Kangsar ke kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak, dari Simpang Pulai ke Hentian Simpang Pulai, dari Tapah ke Bidor dan dari Sungkai ke Slim River.

"Di Selatan pula, trafik perlahan di Johor dari Pandan menuju ke Pasir Gudang, dari Kempas ke Pasir Gudang dan dari Senawang ke Seremban di Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia pula, aliran trafik perlahan selepas tol Bentong menuju ke Lentang manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di  www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain