suria

10 Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Jongkong Emas Ke Jepun

- Gambar fail Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

PETALING JAYA: Lebih 100kg jongkong emas yang didakwa dibawa dari Malaysia dirampas oleh pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka pada April, lapor sebuah portal berita Jepun.

Menurut Japan Today, para pegawai dikatakan telah menjumpai jongkong emas bernilai lebih dari 500 juta yen (RM19.1 juta) tersembunyi di bawah pakaian 10 rakyat Malaysia yang tiba di lapangan terbang negara itu.

Rakyat Malaysia tersebut dilaporkan berjalan masuk di laluan pengisytiharan kastam tanpa mengisytiharkan emas yang dibawa.

Kes itu disiasat sebagai kesalahan disyaki pelanggaran cukai penggunaan dan undang-undang kastam.

Menurut portal berita itu, penyeludupan emas semakin meningkat sejak cukai penggunaan Jepun dinaikkan dari lima peratus hingga lapan peratus pada April 2014.

Dilaporkan, sejak itu banyak kes penyeludupan emas dilaporkan melibatkan penumpang yang tiba dari lapangan terbang di Hong Kong dan Korea Selatan.

Laporan menyebut, sumber penyiasatan mengatakan bahawa penyeludup mungkin meneroka laluan baru termasuk dari Malaysia.

jongkong emas, Kansai, seludup

Artikel Lain