suria

18 Orang Terperangkap Kepala Air

Gambar fail Sungai Pisang.

KUALA LUMPUR: Seramai 18 orang terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Pisang berdekatan Taman Rimba Klasik Sendayu di Gombak, Isnin malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku ketika enam lelaki dan 12 wanita berusia dari 19 hingga 23 tahun itu menyertai aktiviti rekreasi di sungai berkenaan kira-kira 6 petang.

"Paras air Sungai Pisang naik menyebabkan mereka tidak dapat menyeberangi sungai itu.

“Mereka dapat diselamatkan pada 10.40 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang diarah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu pada 8 malam.

Kepala Air, Gombak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Vida Sasar Tiga AKU

Artikel Lain