AKIBAT kecuaian orang lain, seorang penunggang motorsikal menjadi mangsa akibat dilanggar sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kanan yang dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang membelok secara tiba-tiba. Sebelum dirempuh, penunggang berkenaan sedang berhenti bersama kenderaan lain yang menunggu peluang untuk melintas.