suria

Lagi Datuk ‘Buru’ Baju Hello Kitty

PETALING JAYA: Selepas Datuk Z, seorang lagi individu bergelar Datuk ‘memburu’ baju raya berinspirasikan Hello Kitty milik seorang usahawan kosmetik dari Kelantan.

Menerusi rakaman video secara langsung di Facebook pada lewat Khamis malam, Yus Amina Mohd Zawizah, 27, berkata sehingga kini suaminya belum memakai baju Melayu Hello Kitty berikutan kisah baju mereka sekeluarga tular di media sosial.

Berikutan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Afina memberitahu, kemungkinan Datuk yang tidak didedahkan namanya itu akan mencuba memakai baju Melayu tersebut.

Afina ketika dihubungi mStar Online mengesahkan terdapat perbincangan bersama usahawan yang hanya mahu didedahkan sebagai Datuk A berkaitan baju Hello Kitty.

“Datuk A merupakan seorang usahawan yang berjaya dan terkenal. Beliau seorang selebriti, selalu masuk TV.

“Ada perbincangan antara kami mengenai baju Melayu Hello Kitty termasuk projek membabitkan baju berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun Afina berkata, ia masih di peringkat perbincangan dan beliau memerlukan masa untuk berfikir sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya minta tempoh seminggu untuk fikir masak-masak dan solat istikharah dulu. Kalau betul ini rezeki saya, permudahkanlah (kerjasama) dengan Datuk A,” katanya sambil menambah akan mendedahkan identiti Datuk A bila tiba masanya.

Identiti Datuk A menjadi teka-teki dalam kalangan pengikut Facebook Afina sehingga rata-rata menyebut beberapa nama seperti pengacara dan pelakon, Datuk AC Mizal dan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Dalam video berdurasi 9.45 minit itu, Afina turut menjelaskan mengenai pertemuannya dengan Datuk Z pada Khamis berhubung tempahan baju raya Hello Kitty untuk anak perempuan dan cucunya.

“Tempah guna kain dari Bandung. Guna ‘english cotton’, kainnya rasa lembut, tak panas dan selesa bila pakai. Jadi, jangan kata baju ini daripada kain cadar,” katanya.

Minggu lalu, kisah Afina dan perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun tular selepas memuat naik gambar berbaju raya Hello Kitty di Facebook.

Malah, seorang lelaki bergelar Datuk Z sanggup membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati.

Hello Kitty

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain