suria

Lima Kilang Musnah Dalam Kebakaran

Lebih 60 anggota bomba dari seluruh Pulau Pinang terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

BUKIT MERTAJAM: Sepasukan anggota bomba bertarung selama hampir enam jam untuk memadamkan kebakaran terbesar di negeri ini yang memusnahkan lima kilang.

Asap tebal boleh dilihat sejauh 10 kilometer dari lokasi kejadian yang terletak di Taman Pelangi Juru dekat sini.

Lebih 60 anggota bomba dari seluruh negeri bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.58 pagi Sabtu.

Kebakaran itu turut melibatkan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dan 16 sukarelawan skuad bomba.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kerana kilang-kilang tersebut ditutup sempena cuti umum.

Jurucakap bomba, Azman Hussin berkata, kebakaran berpunca bermula dari kilang plastik sebelum merebak ke kilang berhampiran.

"Sebanyak 80 peratus daripada bangunan itu telah musnah. Kami mengalami kesukaran untuk masuk ke dalam kawasan yang terlibat kerana kilang-kilang tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan.

"Angin yang kuat memburukkan lagi keadaan," tambahnya.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian belum dikenal pasti.

kebakaran kilang

Artikel Sebelum

Artikel Lain