suria

Lelaki Jual Daging Anjing Ditahan

Dua ketulan besar daging anjing dirampas dalam serbuan itu.

SIBU: Rata-rata jiran lelaki yang ditahan kerana menjual daging anjing menyedari kewujudan gerai makanan eksotik yang beroperasi secara haram itu.

Sebaik sahaja berita penahanan lelaki berusia 54 tahun itu tersebar, ia menjadi bualan hangat di kedai kopi.

Seorang jiran yang hanya ingin dikenali sebagai Sim berkata aduan telah dibuat sebelum tangkapan itu.

"Ia bukan kerana jenis perniagaan yang dilakukan tetapi kerana bunyi bising dari pelanggannya.

"Kebanyakan pelanggan yang pergi ke sana untuk minum sehingga awal pagi mencetuskan gangguan kepada jiran-jiran yang lain," katanya.

Malah, Sim, 40, mendakwa pelanggan yang sering minum di gerai itu sering memesan daging anjing.

Ditanya berapa kerap daging anjing dijual di sana, Sim berkata:"Hampir setiap malam sejak dua tahun lalu."

Dia mengimbas kembali saat gerai tersebut mula beroperasi dengan menjual makanan ringan.

Sebuah tadika terletak hanya bertentangan dengan rumah lelaki itu.

"Kemudian, dia menukarnya menjadi gerai makanan dan hanya beroperasi pada waktu malam," kata Sim.

Ditanya berapa bayaran dikenakan lelaki untuk daging tersebut, Sim berkata:" Saya tidak pernah menjadi pelanggan, jadi saya tidak tahu."

Wanita berusia 50 tahun yang dikenali sebagai Wong berkata dia menyedari kewujudan gerai itu dan apa yang dijual di sana untuk beberapa ketika.

"Jika tak silap, lelaki itu mengambil alih gerai milik mendiang ibu bapanya," kata Wong.

Pada Selasa, lelaki itu ditahan dalam satu operasi bersama polis, Majlis Perbandaran Sibu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Dalam serbuan itu, mereka berjaya merampas dua ketulan besar daging anjing.

daging anjing

Artikel Berikut

Artikel Lain