suria

Azeri Asia TV Bukan Daripada AirAsia

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menjelaskan bahawa Azeri Asia TV, yang dimiliki oleh Azeri Asia Holdings (M) Sdn Bhd, bukan sebahagian daripada atau gabungan syarikat penerbangan tambang murah itu.

"Kami tidak pernah memberi kebenaran kepada Azeri Asia untuk mengguna identiti korporat atau sebarang hak harta intelek kami seperti laman web, logo, pakaian seragam dan iklan kekosongan jawatan AirAsia," menurut AirAsia dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Syarikat itu juga berkata Program BIG Loyalty Azeri Asia TV juga bukan program kesetiaan AirAsia yang sama, dan juga bukan anggota gabungan dengan apa cara sekalipun dengan AirAsia BIG Loyalty.

“Kami menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan mana-mana organisasi yang melanggar hak harta intelek kami.

“AirAsia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan yang berkaitan dengan organisasi tersebut dan kami berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melanggar hak harta intelek kami,” tambahnya.-Bernama

AirAsia, Azeri Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain