suria

Tun M: Mula Proses Bebas Anwar Seminggu Bentuk Kerajaan

Dr Mahathir.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan komited terhadap proses membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dalam tempoh seminggu membentuk kerajaan yang akan datang.

Hasrat itu diumumkan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri yang memimpin negara selama 22 tahun.

Dr Mahathir berkata, ia akan mengikut proses perundangan permohonan pengampunan diraja bagi membebaskan Anwar yang dipenjara kerana kes liwat.

"Kita akan tunggu perundangan untuk melakukannya, bukan serta-merta kerana perdana menteri yang mengambil alih perlu melakukan banyak perkara," katanya pada sidang media, awal pagi Jumaat selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR.

Beliau berkata demikian sekiranya Anwar akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Anwar berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir selama lima tahun sebelum dipecat pada 1998.

Anwar, 69, dipenjara lima tahun kerana didapati bersalah melihat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Beliau ketika ini dipenjara di Penjara Sungai Buloh.

Ditanya siapa yang akan dipilih Pakatan Harapan bagi memegang jawatan perdana menteri, Dr Mahathir berkata, mereka akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain