suria

Inikah Punca Wabak Anjing Gila?

Gambar hiasan.

MARANG: Anjing dari luar negara dipercayai antara punca penyebaran penyakit anjing gila di Kuala Sepetang, Taiping, Perak kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, anjing tersebut dipercayai dibawa masuk oleh nelayan asing menerusi bot yang berlabuh di kawasan berkenaan.

“Kita dalam proses untuk menjejaki dari mana datangnya anjing-anjing ini agar penyakit ini lebih mudah untuk dikesan dan tidak dinafikan ia agak mencabar. Saya tidak akan bertolak ansur dengan penyakit ini kerana kematian di sebab virus tersebut pada zaman ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan tidak boleh diterima.

“Selain itu, cabaran utama kita (tangani wabak) di Sarawak pula ialah jarak dan sempadan… kita harus mendapat kerjasama dengan negara jiran Indonesia untuk pergi ke kawasan yang terjejas teruk,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kilang Beras PRM Foods & Marketing Sdn Bhd di Bukit Kor, di sini, Khamis.

Shabery berkata, pihak kementerian telah menghantar sebanyak 13,000 vaksin di Sarawak dan 6,000 vaksin ditambah  pada hari ini supaya kawasan-kawasan dalam lingkungan pengawasan tersebut diperluaskan.

Sehingga kini, wabak berkenaan telah membunuh empat kanak-kanak di Sarawak dan pada Rabu telah menjangkiti golongan dewasa apabila seorang lelaki berusia 52 tahun disahkan positif virus tersebut. - Bernama

Artikel Sebelum

Tiada PRK Dun Lenggeng - SPR

Artikel Berikut

Artikel Lain