DUA adik-beradik terkorban dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres di Petaling Jaya, Selangor awal pagi Jumaat. Mayat Ahmad Lokman Abdul Manan berusia 73 tahun ditemui di dapur dan kakaknya, Rohani Abdul Manan berusia 89 tahun ditemui di bilik air di tingkat atas. Bagaimanapun, seorang cucu mangsa berusia 25 tahun yang tinggal bersama selamat dalam insiden itu. Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, siasatan awal mendapati kebakaran rumah melibatkan 70 peratus dan mayat mangsa yang ditemui mengalami sepuluh peratus melecur.