suria

Insentif RM5,000 Setiap Peneroka Felda

Peneroka bersorak gembira sebaik pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) 2017, Ahad. Barisan hadapan ialah peneroka dari Felda Haji Alias Empat Johor.

PUTRAJAYA: Setiap peneroka Felda bakal menerima wang tunai, RM5,000 sebagai insentif menjelang akhir Ogos ini sempena sambutan ulang tahun ke-61 pertubuhan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, keseluruhannya ia melibatkan 94,959 peneroka.

Katanya, kerajaan juga akan membantu peneroka melangsaikan pinjaman bagi memiliki saham Felda Global Ventures.

"Mari kita terus bekerjasama kerana kerajaan mengharapkan sokongan komuniti Felda  dan peneroka pula bergantung kepada kerajaan untuk memastikan kelangsungan program ini," katanya pada sambutan Hari Peneroka Felda pada Ahad.

Kira-kira 25,000 peneroka menghadiri majlis yang diadakan di Dataran Putrajaya sejak Sabtu.

Hari Felda, Najib

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Selamat Hari Lahir PM!

Artikel Lain