suria

Pengusaha ‘Ikat Tepi’ Kena Kompaun

Resit yang menjadi tular di Facebook mengenai caj ikat tepi 30 sen. - Sinar Harian

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenakan kompaun (denda) terhadap premis yang tular di media sosial berkaitan caj ikat tepi.

Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan mendapati premis tersebut gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi tambahan caj ikat tepi (tambahan RM 0.30 jika bungkus) pada minuman limau asam boi dan minuman yang lain.

“Justeru itu, premis telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011,” menurut kenyataan yang dipetik dari laman Facebook KPDNKK pada Isnin.

Pada masa sama, peniaga premis berkenaan turut diberi amaran supaya mempamerkan tanda harga termasuk tambahan harga bungkus.

Semalam, KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar.

Pengarahnya, Ummi Nasrah Othman berkata, sepasukan pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan terhadap penandaan harga di premis perniagaan di kawasan tersebut.

Menurutnya, 14 premis perniagaan termasuk kedai menjual pakaian dan mini market diperiksa dalam operasi itu. - Sinar Harian

caj ikat tepi

Artikel Sebelum

Bawa Buai Dalam MRT?

Artikel Berikut

Artikel Lain