suria

Tujuh Direman Kes Samun, Rogol Pembantu Taska

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan enam lelaki direman enam hari mulai Rabu bagi membantu siasatan kes samun dan rogol dua pembantu taska di sekitar Ampang, dua minggu lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Ampang, Roslan Mohd Nor mengeluarkan perintah reman tersebut selepas membenarkan permohonan polis untuk mereman tujuh individu berumur 34 hingga 43 tahun itu.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, 14 Julai lalu, kesemua suspek dipercayai telah memecah masuk ke dalam sebuah taska di sekitar Ampang dan menyamun serta merogol dua pembantu taska.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain