suria

Kongsi Tarikh Lahir Dengan Bayi Kembar

Sheikh Muszaphar dan anaknya Sophea Natasha ketika dalam perjalanan menghadiri Forum Galaksi di Singapura. - Instagram/ drsheikhmuszaphar

PETALING JAYA: Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (gambar) bukan sahaja menyambut berita gembira dengan kehadiran cahaya mata kembar, malah turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kedua-dua bayinya itu.

Doktor yang berusia 45 tahun itu dan isterinya Dr Halina Mohd Yunos menyambut kelahiran bayi mereka pada pagi Khamis dengan kegembiraan berganda dan mengumumkan mengenai perkara itu di laman Facebook.

"Terima kasih kepada semua yang mengucapkan ucapan hari jadi. Alhamdulillah...si kembar juga mahu keluar hari ini. Kami dirahmati dengan dua bayi lelaki yang lahir hari ini (Khamis) pada pukul 10.05 pagi yang berbeza beberapa minit sahaja," tulisnya pada posting itu.

Tambah beliau, anak perempuannya Sophea Isabella dan Sophea Natasha juga teruja dengan berita tersebut.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain