suria

RoS Arah Pakatan Harapan Tukar Logo

Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada Jumaat mengarahkan Pakatan Harapan menukar logo parti gabungan itu sebelum pendaftarannya diluluskan.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata RoS mahu gabungan itu meletakkan perkataan 'Pakatan Harapan' secara bersama di dalam logo, berbanding hanya perkataan 'Harapan' ketika ini.

"Kita ambil maklum dan akan membuat logo serta simbol yang baharu sebelum mengemukakan  semula kepada RoS dalam masa dua hari lagi," katanya kepada pemberita selepas hadir bagi bertemu pegawai RoS berhubung permohonan pendaftaran pakatan itu di ibu pejabat pertubuhan itu di sini, Jumaat.

Selain Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kunjungan itu turut disertai Presiden PKR Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Penubuhan Pakatan Harapan bersama logonya diperkenalkan buat pertama kali ketika pengumuman pembentukan organisasi pembangkang tersebut pada 14 Julai lepas. -Bernama


RoS, Pakatan Harapan, logo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain