suria

Datuk, Bapa Antara Lima Didakwa Rogol Budak 12 Tahun

LIMBANG: Lima individu termasuk datuk berusia 72 tahun dan bapa mangsa didakwa merogol remaja perempuan berusia 12 tahun pada Jumaat.

Turut didakwa mahkamah majistret adalah tiga sepupu mangsa berusia antara 16 dan 21 tahun.

Semua lima tertuduh didakwa dengan keseluruhannya 22 pertuduhan merogol mangsa di beberapa lokasi berhampiran kampung mereka antara November tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Datuk mangsa didakwa dengan enam tuduhan, manakala bapanya pula empat pertuduhan.

Tiga sepupu lelakinya pula masing-masing didakwa melakukan lima, tiga dan empat kesalahan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 30 tahun dan sebat jika bersabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh yang tidak diwakili peguam itu.

Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim menetapkan 6 September untuk sebutan kes berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa raya, Inspektor Mohamad Faris Mohamed Asri. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain