TAPAH: Seorang pekerja Bangladesh maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah kongsi di Batu 2 dekat jalan lama Tapah-Bidor di sini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, mayat mangsa ditemukan ketika operasi menyelamat yang berlaku sekitar pukul 2.30 pagi Khamis. "Mayatnya ditemukan berhampiran sisa kebakaran oleh ketua operasi, Riduan Bahida Baharuddin. "Kebakaran tersebut meranapkan kira-kira 75 peratus rumah kongsi terbabit," katanya. Api berjaya dikawal pada pukul 3.45 pagi.