SEORANG inspektor serta lima anggota polis lain yang ditahan kerana dipercayai memeras ugut direman tiga hari bermula Rabu oleh Mahkamah Majistret Kuching, di Petra Jaya. Perintah reman dikeluarkan Majistret Zulhairil Sulaiman selepas permohonan dibuat Pegawai Penyiasat Inspektor Ajass Mohd Ibrahim.