suria

I Am Me 'Muncul' Dalam Buku Sekolah

PETALING JAYA: Walaupun sudah empat minggu video lirik lagu I Am Me nyanyian pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman dilancarkan, bait-bait yang disampaikannya ternyata melekat di kotak fikiran pendengarnya.

Jika sebelum ini pelbagai video parodi dihasilkan dalam kalangan artis tempatan dan netizen, kini penangan lagu itu merebak pula ke sekolah.

Terbaharu, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida memuatnaik gambar jawapan 'melucukan' kepada soalan yang dipercayai daripada buku latihan subjek Bahasa Inggeris sekolah rendah di laman Instagramnya.

Soalan latihan itu dijawab seorang murid dengan bait-bait lagu I Am Me.

"Betul ke ada macam ni dalam buku latihan?," tulis Vida pada keterangan gambar itu.

Gambar tersebut turut mendapat kira-kira 26,916 like dan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Hasmiza Othman.

@Rusmanijunoh berkata:"Kuat aura lagu Dato Seri ni."

@Opiamansyahpiliang berkata:"Anak saya yang umur tiga tahun pun hafal lagu Dato."

Difahamkan soalan pada buku latihan tersebut benar-benar wujud.

@rohayaismailkhan berkata:"Ada dalam buku aktiviti Bahasa Inggeris tahun 3. Baru minggu lepas mengajar budak."

Sementara itu, Vida ketika dihubungi berkata beliau tidak menduga single terbaharunya itu kini menjadi siulan dan mudah diingati di kalangan si cilik.

"Memang lagu ini saya hasilkan untuk ajak satu keluarga bergembira. Tak sangka sampai juga hasrat dan niat saya.

"Pada mulanya saya takut tapi ternyata budak-budak memang suka. Saya nak semua happy, kalau boleh saya nak menari dengan mereka," katanya.

I Am Me, Vida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain