suria

Nothing To Hide 2.0: Tiga Remaja Direman

SHAH ALAM: Polis pada Isnin memperoleh perintah mahkamah bagi mereman tiga remaja lelaki untuk membantu siasatan kes kekecohan di program 'Nothing to Hide 2.0' di Dewan Raja Muda Musa di Seksyen 7, di sini Ahad.

Perintah reman empat hari terhadap ketiga-tiga remaja masing-masing berusia 17, 18 dan 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini.

Ketiga-tiga remaja itu ditahan polis malam tadi kerana disyaki menimbulkan kekecohan pada program itu.

Dalam kejadian 5.10 petang Ahad, program anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan suar, kerusi, kasut dan botol air daripada beberapa individu yang hadir di program berkenaan. - BERNAMA

Nothing To Hide 2.0

Artikel Lain