suria

Bunuh Polis: Dua Suspek Direman

JITRA: Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tembak mati anggota polis Bukit Aman yang sedang menyiasa kegiatan penyeludupan di Bukit Kayu Hitam ditahan reman tujuh hari.

Mohd Hatta Johari, 30 dan Mohd Najib Budin, 36 dibawa ke mahkamah majistret pada pukul 8.30 pagi Ahad.

Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun membenarkan penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Tempoh reman bagi kedua-dua suspek tamat pada 26 Ogos ini.

Kedua-dua lelaki terlibat yang melarikan diri sebaik Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54 dibunuh pada pukul 10.25 pagi di kediaman kenalannya di Taman Sri Hosba, Changlun.

Abu Hashim yang sedang bercuti dipercayai akan bersara tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek ditahan sebaik menyerah diri pada Sabtu.



Bukit Aman, Changlun

Artikel Berikut

Artikel Lain