suria

'Datuk' Ditahan Dipercayai Ketua Sindiket Ah Long

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang 'Datuk' antara 35 individu yang ditahan menerusi Op Vulture yang dijalankan di ibu negara, Johor, Melaka dan Kedah selama empat hari bermula Selasa, bagi membanteras kegiatan Ah Long.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Sakri Arifin berkata, kesemua mereka dipercayai anggota dua sindiket yang aktif menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen dan pinjaman tidak wujud iaitu skim penipuan yang menghendaki mangsa membayar 'deposit' untuk mendapatkan pinjaman.

"Lelaki bergelar 'Datuk' itu yang berusia 40 tahun ditangkap di Johor dan dipercayai ketua satu daripada sindiket berkenaan.

"Berdasarkan operasi itu, polis yakin dapat melumpuhkan kedua-dua sindiket along yang dipercayai aktif sejak 2015," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata, keseluruhannya polis menerima 23 laporan polis yang dibuat terhadap kedua-dua sindiket yang melibatkan pinjaman berjumlah lebih RM1.6 juta. - Bernama

Ah Long

Artikel Sebelum

Guan Eng Fitnah - SPRM

Artikel Lain