suria

Habis Cermin Mata Kena Pijak

Mohd Nasruddin.

SHAH ALAM: Cermin mata seorang sukarelawan Sukan SEA ke-29 (KL 2017) patah dek para peminat bola sepak yang merempuh pagar pengadang di Stadium Shah Alam, Isnin.

Mohd Nasruddin berkata kejadian yang berlaku begitu pantas membuatkan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Mereka datang secara segerombolan dan terus merempuh pengadang, cermin mata saya yang terjatuh terus dipijak.

"Kerana panik, saya terus mengambil cermin mata dan terus lari masuk ke dalam stadium," katanya.

Sebahagian peminat bola sepak merempuh pagar pengadang apabila hanya beberapa kaunter dibuka untuk penjualan tiket, pagi Isnin.

Sementara itu, Nurain Baizura Hairunnas, 23 tahun berasa takut melihat insiden ini terjadi.

"Ini pertama kali saya menjadi sukarelawan, ngeri tengok keadaan jadi macam ini.

"Bila peminat mula rempuh tu, memang semua sukarelawan dipanggil masuk ke dalam untuk keselamatan kami," katanya.

Bagi Mohd Faris Aiman Mohd Suhaimi, 21 tahun pula mendakwa dia hampir ditarik oleh para peminat.

"Dalam situasi saya, mereka hampir menarik saya ketika rusuhan di pagar B,mujur saya dapat menyelamatkan diri.

"Kejadian jadi sebab kaunter di pagar B ditutup seterusnya orang dari situ potong barisan di pagar A, dari situ semua jadi tidak terkawal," katanya.

Sementara itu, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan kekecohan pada perlawanan akhir bola sepak itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Shah Alam, venue perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand, malam Selasa termasuk membuat pemeriksaan badan terhadap setiap penyokong di semua pintu masuk stadium. - Sinar Online

KL2017

Artikel Sebelum

Wanita Ditembak Ipar Sendiri

Artikel Berikut

Artikel Lain