suria

PDEA Tidak Dibentang Sebelum PRU14

Paul Low Seng Kuan

KUALA LUMPUR: Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) yang dicadangkan tidak akan dibentangkan di parlimen sebelum pilihan raya umum ke-14, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan pada Sabtu.

Beliau berkata jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu sedang dalam proses menggubal akta baharu itu.sudah tentu.

"Ia akta yang baharu dan memandangkan ia baharu sudah tentu penggubalannya mengambil masa. Satu perkara yang baik mengenai akta tersebut ialah kami telah berbincang dengan masyarakat dan parti politik mengenainya," katanya kepada pemberita semasa taklimat kepada media mengenai Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan.

Persidangan dua hari itu dirasmikan oleh bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sementara bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan akan menutup persidangan tersebut pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail.Persidangan itu dihadiri oleh wakil dari kerajaan, parti politik, pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan media.

Negara-negara yang menyertai persidangan ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Timor Leste, Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.Pada persidangan itu, enam panel akan membincangkan isu-isu pembangunan dan pendemokrasian, hubungan antara pertumbuhan ekononi dan pendemokrasian, badan-badan pengurusan pilihan raya sebagai satu cara untuk membina kepercayaan dan legitimasi dalam proses politik.

Isu-isu lain ialah pembiayaan pilihan raya tanpa menjejaskan legitimasi, pluralisme dan politik identiti dalam demokrasi, dan peranan organisasi masyarakat awam dalam memastikan hak-hak politik dihormati.-Bernama

PDEA, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar Sokong Rundingan PKR-PAS

Artikel Lain