JOHOR BAHRU: Sebahagian siling di Klinik Mahmoodiah runtuh pada pagi Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Maklumat Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, silik di kaunter klinik kauseling pemakanan itu tiba-tiba runtuh tanpa sebarang petanda awal.
Tiada mangsa dilaporkan cedera pada kejadian itu.
"Usaha membersihkan kawasan tersebut dan siasatan sedang dilakukan," katanya.