suria

Dua Lagi Ditahan Kes Petronas Carigali

PUTRAJAYA: Dua lagi individu ditahan reman berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes rasuah membabitkan Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Kedua-dua mereka yang berpakaian lokap SPRM berwarna oren dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 10 pagi Jumaat untuk permohonan perintah reman.

Pada Selasa lalu, SPRM menahan tiga individu berhubung kes tersebut, termasuk seorang pengurus projek PCSB berusia 45 tahun.

Dua lagi individu merupakan pengarah syarikat berusia 57 tahun yang menjalankan kerja-kerja untuk PCS, dan bekas pembantu teknikal PCSB berusia 28 tahun.

Majistret, Nur Esfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap ketiga-tiga individu terbabit.

Menurut sumber, kesemua mereka dipercayai bekerjasama dalam mengemukakan tiga invois palsu antara April dan Jun 2015.

Invois tersebut untuk tujuan projek pelantar penggerudian tetapi tidak pernah dilaksanakan.

Bagaimanapun, PCSB telah membuat pembayaran penuh kepada syarikat itu.


PCSB, SPRM

Artikel Sebelum

Pemandu Lori Maut Nahas Di NKVE

Artikel Berikut

Artikel Lain