suria

AirAsia Tawar Sehingga 5 Juta Tempat Duduk

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5 juta tempat duduk ditawarkan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 11 hingga 17 September bagi perjalanan antara 1 Mac 2018 dan 21 November, 2018.

AirAsia dalam kenyataan berkata, orang ramai boleh menikmati tambang serendah RM0 ke destinasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya, Davao dan banyak lagi menerusi penerbangan AirAsia (AK), selain mulai RM199 dari Kuala Lumpur ke  Taipei, Shanghai, Sydney dan lain-lain bagi penerbangan AirAsia X  (D7).

Penumpang yang menggunakan AirAsia X juga boleh melalui pengalaman menggunakan Premium Platbed  yang pernah memenangi anugerah, mulai RM699 dari Kuala Lumpur ke Perth, Seoul, Osaka, Taipei dan destinasi lain.

BIG Members boleh menikmati mata keutamaan dan boleh membuat tempahan di airasia.com dan menebus penerbangan bermula dari 0 BIG Points, secara eksklusif menerusi aplikasi mudah alih BIG Loyalty mulai Ahad.

“AirAsia akan terus menambah penerbangan ke lebih banyak destinasi, menjadikan perjalanan lebih mudah. Kami mahu pengguna kami dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan kekerapan kami yang tiada tandingannya ke tempat baharu dan sedia ada , dan untuk itu kami menawarkan sehingga lima juta tempat duduk promosi dalam kempen Tempat Duduk Percuma terbesar yang pernah diadakan bagi membantu mereka melakukan perjalanan,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh.-- Bernama

AirAsia, BIG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tular Video Lelaki Diserang

Artikel Lain