suria

Kejam!

PETALING JAYA: Kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan paling tepat bagi menggambarkan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang sanggup menyumbat seekor kucing ke dalam peti surat.

Dalam video yang tular di Facebook baru-baru ini, seekor kucing hitam mengiau tanpa henti sambil mengeluarkan kakinya seolah-olah minta diselamatkan dari peti surat tersebut.

Bunyi kucing tersebut menarik perhatian seorang wanita yang kemudiannya meminta bantuan pihak pengurusan sebuah apartmen untuk mengeluarkan haiwan berkenaan.

Turut kelihatan dalam video tersebut dua pegawai polis yang tiba di lokasi kejadian yang dipercayai berlaku di negara jiran, Singapura.

Hasil tindakan pantas wanita itu, kucing tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dari ruang peti surat yang sempit itu.

Sejurus dikeluarkan, wanita itu kemudiannya memberi minuman sambil mengusap-gusap kucing tersebut.

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas wanita itu.

Salah seorang netizen, @Miexan berkata: "Respect  pada yang membantu dan perasan ada kucing di dalam peti surat itu."

Malah ada di kalangan netizen meminta pihak berkuasa agar mencari pemilik peti surat tersebut dan tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya.

@Iecham Ieyla berkata:"Cari pemilik peti surat tersebut. Sudah pasti pemilik peti surat itu yang masukkan kucing tersebut. Tidak mungkin ada orang lain yang boleh masukkan kecuali tuan peti surat itu. Sesungguhnya pelaku adalah manusia yang tidak berakal."

Sehingga hari ini, video itu mendapat tontonan lebih 188,000 kali dan dikongsi sebanyak 680 di Facebook.

kucing, peti surat

Artikel Sebelum

Doktor Suruh Cuti - Kazim

Artikel Berikut

Artikel Lain