suria

Bukan Hal Bubar Parlimen - Zahid

PETALING JAYA: Sidang media Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Ahad bukan berkaitan pembubaran Parlimen, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian susulan pelbagai spekulasi yang dibuat berkaitan sidang media pertana menteri yang juga presiden Umno itu.

Dalam ucapannya pada mesyuarat Umno bahagian Arau, Ahmad Zahid meminta semua pihak untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu.

Semua ahli Majlis Tertinggi Umno menerima jemputan Setiausaha Agung parti untuk hadir pada sidang media itu pada Sabtu malam.

Ia akan diadakan di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn pada pukul 4.45 petang.

Setakat ini, pihak Umno enggan mendedahkan intipati sidang media berkenaan.

Ahmad Zahid, Parlimen, Umno

Artikel Berikut

Artikel Lain