suria

PKR Nafi Belot Bersama Mat Taib

Mat Shuhaimi Shafiei.

KLANG: Tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dari Selangor akan lompat parti dan menyertai Umno bersama-sama dengan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Ahad.

Perkara itu disahkan Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Sebuah portal dalam talian melaporkan Muhammad atau lebih popular dengan panggilan Mat Taib sepatutnya menggumpulkan lapan Adun PKR untuk hadir pada sidang media khas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Laporan itu mendakwa tindakan lompat parti itu dibatalkan pada saat akhir.

Mat Shuhaimi mendakwa Muhammad berjaya mengelirukan Najib agar mempercayai pembelotan Adun PKR.

"Beliau mesti memutarbelitkan khabar angin itu untuk mengelirukan Najib dan pemimpin Umno lain supaya percayai kami akan menyertainya," kata Mat Shuhaimi.

Selain Mat Shuhaimi dan Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Adun PKR yang lain adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kajang),  Dr Idris Ahmad (Ijok), Amiruddin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad ( Seri Setia), Haniza Mohamad Talha (Kg Medan), Yaakob Sapari (Kota Angerrik), Rodziah Ismail (Batu Tiga) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Amiruddin, Nik Nazmi dan Dr Daroyah merupakan exco kerajaan negeri Selangor.

Muhammad yang juga bekas menteri besar Selangor keluar Umno lima tahun lalu untuk menyertai PAS sebelum memilih untuk bersama PKR pada 2015.

Mat Shuhaimi berkata pemergian Muhammad dari PKR bukan satu kehilangan besar kepada parti atau negeri kerana beliau tidak memainkan peranan penting sepanjang dua tahun menganggotai parti itu.

Mat Tyson, PKR

Artikel Sebelum

Lelaki Pukul Warga Emas Serah Diri

Artikel Berikut

Artikel Lain